Selasa, 20 Disember 2016

10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT


10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT


1. Jangan tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.

2. Rancang apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.

3. Makan tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin.

4. Makan makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.

5. Berhenti sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

6. Tetapkan pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

7. Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

8. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

9. Menguyah makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

 10. Tidur secukupnya
 Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

Untuk pembelian produk-produk dari Puteri Alya, boleh hubungi atau Whatsapp Ieka di 010 400 7232. 

Khamis, 17 November 2016

PELBAGAI KHASIAT KULIT MANGGIS



KHASIAT KULIT MANGGIS

1. Mampu membunuh sel-sel kanser dan tumor
Kajian oleh Badan Penelitian Teknologi Pertanian(BPTP) Sumatera Barat mendapati zat dalam kulit manggis mampu membunuh sel-sel kanser dan tumor. Ini kerana zat yang terkandung pada kulit manggis mampu bekerja sebagai antioksidan dan antiproleferatif bahkan kemampuan antioksidan yang terdapat pada kulit manggis ini melebihi khasiat dari vitamin C dan E yang terdapat pada isi buah manggis itu sendiri.

2. Mengatasi gangguan haid
Jika Anda termasuk perempuan yang menderita ketika masanya haid, maka manfaat kulit manggis sangat berguna untuk Anda. Haid atau menstruasi dengan sindrom kelas berat seperti rasa sakit yang amat sangat di bagian perut, badan yang serasa tidak sehat hingga keluar keringat dingin, hingga haid yang tidak lancar dan tidak menentu sampai datangnya bererti ada yang salah dengan tubuh anda. 

3. Menjaga kecantikkan kulit
Kulit manggis mengandungi antioksidan, mineral, dan vitamin yang tinggi sehingga kesihatan dapat terjaga. Jika kesihatan tubuh terjaga, automatik kecantikkan juga akan senantiasa terjaga.

4. Mengatasi kadar gula
Kulit manggis ini boleh menurunkan diabetes dengan cara mengurangi kadar gula melalui air seni. Jika, tidak di tangani dengan serius, ia boleh menyebabkan komplikasi penyakit kronik seperti stroke dan jantung.

5. Membuat gejala menopause menjadi lebih ringan 
Manfaat kulit manggis selain meringankan gejala menopause juga membuat anda awet muda sehingga tidak mengalami menopause sejak kini.

Untuk pembelian LUK-LUK dari Puteri Alya, boleh hubungi atau Whatsapp Ieka di 010 400 7232. 



Selasa, 15 November 2016

PELBAGAI KHASIAT TOMATO


PELBAGAI KHASIAT TOMATO


1. Mencantik kan kulit muka dan badan

Tomato sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit. Tomato mengandungi vitamin a dan c menjadikannya antioksidan yang bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan.

2. Mencerahkan kulit 

Tomato juga mengandungi lycopene, yang mana membantu untuk mencerahkan kulit. Sebab itu, kebanyakan bahan kosmetik menggunakan tomato sebagai bahan asas dalam penghasilan produk kecantikan mereka.

3. Kulit segar dan berseri 

Buah tomato mentah boleh dijadikan bahan mencuci muka. Jika sering digunakan setiap hari, ia akan menjadikan kulit kita bertambah cerah, berseri, bersinar dan tampak segar kemerahan.

4. Menghilangkan jerawat

Khasiat tomato juga menghilangkan jerawat. Tomato mengandungi asid sitrat yang menyingkirkan kotoran dan lemak pada kulit wajah.

5. Bagus untuk mata

Pengambilan tomato bagus untuk kesihatan mata. Tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam.

6. Rambut menjadi lebat dan berkilau
- pengambilan tomato secara berterusan juga membantu kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau.
7. Menyembuhkan peradangan kulit

Tomato mempunyai kesan menenang dan melegakan kulit yang keradangan kerana terdedah pada sinar matahari.

8. Mengecilkan pori-pori

Pori-pori yang besar boleh menyebabkan kotoran dan debu terkumpul pada kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan.
9. Menghilangkan pori-pori tersumbat 

Dapat membantu membersihkan kulit dan membuatnya jadi lebih halus. 



Untuk pembelian SAKURA GLOW dari Puteri Alya, boleh hubungi atau Whatsapp Ieka di 010 400 7232. 

Khamis, 3 November 2016

Pelbagai Khasiat Bunga Rozel


Pelbagai Khasiat Bunga Rozel

Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati rozel mengandungi khasiat-khasiat berikut:

  • Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sebagai tonik.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengubati luka luar dan dalam.
  • Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan melambatkan penuaan, menjadikan wajah nampak muda dan berseri.
  • Bersifat sebagai detox, membuang toxin.
  • Mempunyai kesan anti kejang otot.
  • Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
  • Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan.
  • Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
  • Mengubati asma dan alergi.
  • Mengubati insomnia.
  • Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, dan kolestrol.
  • Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
  • Vitamin C dan serat yang tinggi (lebih tinggi dari anggur) yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh.
  • Menyihatkan mata.
  • Mengubati pening kepala/migraine.
  • Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
  • Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
  • Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
  • Membantu mengubati sakit sawan.
  • Mengatasi masalah stress/tekanan.
Di dalam produk Al-Qurra terdapat kandungan bunga rozel yang berkhasiat. Selain bunga rozel, antara bahan utama yang terdapat dalam Al-Qurra adalah madu, kurma, kismis dan sebagainya yang bagus untuk pertumbuhan minda. Al-Qurra sesuai untuk kanak-kanak yang sedang belajar kerana bahan-bahan di dalam Al-Qurra berfungsi untuk menguatkan sistem otak, mencerdaskan minda, dan menguatkan sistem antibodi. 

Untuk pembelian Al-Qurra dari Puteri Alya, boleh telefon atau Whatsapp Ieka di 010 400 7232. 

Khamis, 27 Oktober 2016

6 Khasiat Tradisional Halia


6 Khasiat Tradisional Halia

1. Menguatkan Antibodi

Pengambilan sedikit halia setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga dapat mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

2. Membuang Angin

Ramai yang tahu, air rebusan halia yang dicampur dengan lada hitam dapat membuang angin di dalam usus. Malah ia juga sangat sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.

3. Ketidakselesaan Perut

Halia dapat membantu dalam penghadaman, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.

4. Melancar Perjalanan Darah

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki pengaliran darah, sekaligus membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

5. Memulihkan Mabuk Perjalanan

Halia dapat mengatasi rasa loya yang dikaitkan dengan mabuk seperti mabuk perjalanan, mabuk laut dan juga ‘morning sickness’. Malah ia juga dapat mengatasi ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

6. Mencegah Demam Dan Selesema

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di seluruh Asia. Caranya, rendam dua sudu besar halia segar yang telah dicincang di dalam air panas. Kemudian minum air tersebut dua hingga tiga kali sehari.

Bg yang susah untuk mengambil halia secara tradisi boleh cuba supplemen Inoz yang kaya dengan khasiat halia. Juga boleh menghindarkan dan menyembuhkan dari resdung dan gatal2 hidung.
Whatsapp Ieka
010 400 7232

Isnin, 24 Oktober 2016

6 Khasiat Tradisional Gingko Biloba


6 Khasiat Tradisional Gingko Biloba

1. Melancarkan aliran darah

Ginkgo biloba merupakan herbal yang bekerja melancarkan aliran darah. Ia membantu memperbaiki kondisi saluran darah, melebarkan saluran darah dan merangsang aliran darah hingga ke hujung sel-sel tubuh.

2. Mengatasi sakit sendi

Sifat analgesik di dalamnya membuatnya kerap menjadi pilihan herbal tradisional dalam mengatasi sakit sendi.


3. Mengatasi sakit kepala dan migrain

Sangat efektif meningkatkan kadar oksigen dan nutrisi otak. Juga melancarkan neurotransmiter untuk bekerja lebih baik dan membantu meredakan masalah migrain.

4. Menjaga kesihatan mata

Ginkgo biloba bermanfaat untuk otak juga terhadap penglihatan. 

5. Sebagai anti penuaan

Ia menutrisikan kulit  dan mendapatkan kadar oksigen yang cukup lantas menghasilkan kulit lebih sihat dan bebas dari kekenduran
.

6. Memperbaiki fungsi otak

Kandungan anti oksidan yang bekerja membersihkan menjadikan ginkgo biloba sebagai salah satu herbal untuk otak yang terbaik.
Ginkgo biloba adalah herba popular yang telah digunakan selama berabad-abad dalam pengubatan tradisional Cina.
Menurut National Institutes of Health (NIH), ginkgo biloba merupakan herba terlaris di Amerika yang banyak dijual dalam bentuk suplemen.

Begitu juga suplemen Awet Muda Gold yang di kandungi dengan khasiat herba Gingko Biloba untuk manfaat dan penjagaan kesihatan pengguna.

Whatsapp Ieka: 010 400 7232

Rabu, 19 Oktober 2016

14 Kelebihan Berbengkung


14 Kelebihan Berbengkung



Memakai bengkung adalah salah satu perkara WAJIB yang diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin tanpa mengira bersalin secara normal atau secara pembedahan.

1. Membuang angin di dalam badan.
2. Mengempiskan perut dan memulihkan keadaan kulit perut seperti mengurangkan kesan regangan, melicinkan serta menghilangkan tompok-tompok hitam pada kulit perut.
3. Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelakkan rahim jatuh.
4. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.
5. Mengelakkan badan daripada ‘masuk angin’.
6. Mengecutkan rahim selepas bersalin.
7. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggelebeh.
8. Mengurangkan berat badan supaya badan kembali ke berat asal sebelum hamil.
9. Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin.
10. Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan.
11. Melindungi organ dalaman dan membolehkannya mengecut dengan cepat serta kembali ke kedudukan asal.
12. Memecahkan lemak dan selulit.
13. Menggalakkan postur badan yang baik dan membantu proses penyusuan.
14. Mencegah daripada makan yang berlebihan. 


Mungkin ada juga yang tak suka berbengkung ni, tapi pendapat peribadi saya, pakailah bengkung sekurang-kurangnya 30 hari selepas bersalin. Paling bagus sehingga habis pantang iaitu 44 hari. 

Kami di Puteri Alya menyarankan penggunaan bengkung yg dicampuri dengan herba cekur, halia kering, lada ekor, jintan hitam, akar wangi, halba dan akar pintal untuk menggalakkan lagi khasiat amalan tradisi ini.

Whatsapp Ieka : 010 400 7232

Selasa, 18 Oktober 2016

5 Khasiat Sakura Glow

5 Khasiat Sakura Glow

1. Mempunyai kandungan antioksidan dan anti peradangan

Sangat baik untuk perawatan kulit.

2. Terdapat kandungan jojoba oil.

Dapat mengangkat sel kulit mati, sehingga boleh mengembalikan warna putih dan cerah pada kulit.

3. Miliki khasiat untuk generasi kulit, melembabkan kulit serta mengatasi wajah kusam.

4. Sangat baik untuk gadis pada usia remaja

Penggantian sel dalam tubuh termasuk pada kulit wajah.

5. Membuat penampilan kulit lebih putih berseri.

Sakura Glow dengan kandungan Vitamin C, Acai Berry, Astaxanthin, Sipernat, Ekstrak tomato, Ekstrak Sakura dan Perasa Oren. Mengandungi 15 sachet.

Sakura Glow berbentuk serbuk. Diambil 1 sachet setiap hari semasa perut kosong samada waktu pagi atau malam. Boleh dicampur bersama minuman atau terus dimakan begitu sahaja.

Whatsapp Ieka: 010 400 7232

Isnin, 17 Oktober 2016

Apa itu Astaxanthin Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan & Kecantikkan

Apa itu Astaxanthin Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan & Kecantikkan


Astaxanthin dihasilkan dari microalga Haematococcus Pluvialis. Astaxanthin 550 kali Iebih baik berbanding vitamin E untuk menghapuskan radikal bebas dalam sel-sel. Astaxanthin juga dapat mengelakkan kerosakan DNA, melambatkan kesan penuaan, anti kanser, anti diabetik dan banyak lagi kebaikan-kebaikan yang sedang dikaji oleh bio-saintis seluruh dunia.

1. Kesihatan Jantung 

Sifat antioksida dan anti radang dari astaxanthin memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan jantung.

2. Kesihatan Otak 

Hubungan yang kuat antara astaxanthin dan kesihatan otak sehingga dapat membantu untuk mencegah penyakit yang mempengaruhi otak, penyakit Alzheimer dan sistem saraf secara keseluruhan.

3. Antioksidan

Penyelidikkan menunjukkan bahawa aktiviti antioksida astaxanthin lebih baik daripada semua pigmen organik lain.

4. Antibakteria

Penelitian menunjukkan bahawa astaxanthin memiliki sifat antimikrobakteria dan telah terbukti untuk melawan bakteria

5. Diabetes

Astaxanthin memiliki paras lebih rendah dari glukosa darah serta mengurangi stres dan kerosakan sel ginjal.

6. Asma

Astaxanthin dapat membantu menormalkan sebahagian daripada tindak balas imun yang diyakini juga turut membantu dalam mengubati asma.

7. Kesuburan

Suplemen Astaxanthin sering digunakan untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan yang rendah.

8.Kesihatan Mata

Astaxanthin dapat membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan gangguan fungsi mata yang di sebabkan faktor usia. Juga membantu melindungi mata dari kerosakan UV

9.Pencegahan Kanser

Astaxanthin memiliki sifat antioksida yang kuat dan anti-radang sehingga dapat mengurangi risiko dari kanser.Terdapat penelitian menunjukkan bahwa astaxanthin dapat mengurangi kanser payudara sebanyak 40%.

Produk-produk yang diperkukuhkan dengan astaxanthin adalah sangat berkesan dan baik untuk kesihatan seperti Awet Muda Gold.

Whatsapp Ieka Untuk Keterangan Lanjut:
010 400 7232

Khamis, 13 Oktober 2016

Tips Dan Cara Pemakaian Bengkung

Tips Pemakaian Bengkung

"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar."

  • 👉Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut
  • 👉Berbaring dan ikat dengan kejab bermula dari bahagian atas ke bawah.
  • 👉Tujuan berbaring supaya lebih mudah untuk ikat lebih ketat memandangkan perut kita meleper ketika dalam keadaan berbaring berbanding berdiri.
  • 👉Tujuan ikat dari bawah adalah supaya mudah untuk ibu-ibu nak ke tandas , Memandangkan pemakaian bengkung adalah lama. 
  • 👉Cuma longgarkan ikatan di bahagian bawah sahaja. Selepas urusan di toilet, boleh la diikat balik .
  • 👉Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.
  • 👉Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.
Bengkung Herba Puteri Alya dengan campuran herba seperti cekur, halia kering, lada ekor, jintan hitam, akar wangi, halba dan akar pintal.

Hanya RM 69.90 tak termasuk pos
Whatsapp Ieka Utk Keterangan: 010 400 7232

Rabu, 12 Oktober 2016

6 Khasiat Tradisi Kunyit Dalam Kesihatan

6 Khasiat Tradisi Kunyit Dalam Kesihatan


1. Membantu Penyakit Diabetes

Kunyit dapat membantu mengawal glukosa atau insulin yang  menurunkan tekanan gula dalam darah.

2. Mengatasi masalah pencernaan 

Salah satu manfaat kunyit  adalah kemampuannya dalam mengatasi masalah pencernaan. Satu penelitian menemukan bahwa kunyit menyembuhkan gangguan pencernaan dan gas.

3. Melawan Demam dan Flu

Penelitian awal menunjukkan bahwa kunyit membantu mengurangi kesan bakteri dan virus.

4. Mengurangi Risiko Serangan Jantung dan Stroke

Manfaat kunyit adalah mengurangi risiko menghentikan pembentukkan plak yang boleh menutupi arteri dan menyebabkan serangan jantung dan stroke.

5. Membantu Mencegah Kanser

Ahli nutrisi Jonny Bowden mengatakan bahwa setidaknya terdapat 30 penelitian yang menunjukkan ia memiliki khasiat anti-tumor, baik dalam mengurangi jumlah tumor dari binatang yang mengidap tumor.”

6. Mencegah Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Para ilmuwan percaya bahwa kandungan antioksida kunyit mencegah penyakit Alzheimer.

Kunyit biasanya direbus dan dikeringkan menjadi serbuk. Anda juga boleh kisar kunyit tersebut untuk di campurkan dengan makanan lain. Juga boleh mengambil supplemen yang mengandungi khasiat kunyit seperti Serapat Kasih. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Whatsapp Ieka : 010 400 7232

Selasa, 11 Oktober 2016

Apa Itu Bengkung Dan Manfaatnya?

Apa Itu Bengkung Dan Manfaatnya? 

Hari ini, wanita kian mengabaikan proses berpantang selepas bersalin terutamanya berbengkung bersalin atas alasan leceh dan agak sukar untuk memakainya. Mari kita lihat apakah antara manfaat bengkung untuk pengguna?


1. Dua fungsi

Sesuai untuk ibu bersalin secara normal atau czer, jadi hanya satu bengkung untuk semua. Boleh fit dari saiz S - PLUS SIZE, untuk ibu 50kg hingga 120kg.

2. High Quality

Dibuat daripada kain belacu 100% cotton padat berkualiti tinggi. Tak panas, tak rimas & serap peluh.

3. Lain dari yang lain

Super panjang 65 inci, Super labuh 22 inci, jadi bengkung takkan terangkat jika duduk dan bangun banyak kali. Di buat menggunakan 2.5 meter kain sahaja.

4. Fleksible

Tali lebih lebar berbanding bengkung biasa (5 inci) yang mesra ke tandas, tidak perlu buka bengkung sepenuhnya, hanya buka bahagian bawah je. Jika bersalin seperti czer, ikatan pada bahagian luka czer boleh dilonggarkan dan dibahagian lain masih boleh ikat dengan kejab dan selesa sepanjang hari.

5. Ekslusif & Dicipta Khas

Satu-satunya bengkung dicipta khas dengan 4 tali. jadi, tak perlu bantuan orang lain nak pakai sebab tali bengkung bolh di ikat secara berperingkat.

Tahukah anda bahawa proses berbengkung ketika berpantang amatlah penting dalam mengembalikan bentuk tubuh selepas sarat mengandung 9 bulan. Nak suami sayang kan? Masih malas nak pakai bengkung bersalin? X kan nak tengok perut menggelebeh, boroi dan berkedut lepas bersalin bukan?
Hanya RM 69.90 tak termasuk pos.
Whatsapp Ieka: 010 400 7232

Isnin, 10 Oktober 2016

Tumit Dah Tak Sakit Lagi!


Tumit Dah Tak Sakit Lagi!

"Di sini akak nak kongsi lagi mengenai AMG. Adik akak dh dapat rasa akan keberkesanan AMG ni. Akak bg dia sekotak AMG dengan penuh kasih syg. Dia selalu kata tumit kaki sakit bila bangun pagi walhal usia baru awal 40an. Dia pelik tengok akak cergas. Apa lagi AMG lah yang akak tunjuk. Belum habis sekotak dia tel, tumit dah tak sakit. Dan badan rasa segar."
- kak anne -

Whatsapp Akak: 012 601 1440 / 010 400 7232

6 KHASIAT HALBA PERLU TAHU!


KHASIAT HALBA PERLU TAHU!

1. Mengurangkan demam dan sakit tekak 

Air rebusan halba mampu untuk mengurangkan mukus dalam hidung dan secara tidak langsung mengurangkan masalah resdung dan asma.

2. Kurangkan keradangan kulit.

Keradangan pada kulit mampu dikurangkan ataupun dilegakan dengan menumbuk lumat halba dan diletakkan pada bahagian yang sakit. Selain itu, masalah bengkak kalenjar pun boleh dirawat.

3.Melancarkan perjalanan dalam usus.

Bertindak sebagai julap (laxative) dengan membersihkan usus. Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit.

4. Mengelak penyakit diabetes.

Halba juga mampu bertindak dengan  memperlahankan penyerapan gula di dalam perut dan merangsang insulin.

5. Bantu masalah sengugut

Bagi mereka yang mengalami sengugut, halba yang dipanaskan dijadikan sebagai tuam pada abdomen untuk melegakan kesakitan sengugut.

6. Mengalakkan aliran susu badan.

Halba mengandungi phytoestrogens iaitu seakan sama dengan hormon wanita iaitu estrogen untuk meransang pengeluaran susu badan.
Tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung untuk mengambil halba dalam dose yang berlebihan daripada biasa. Kerana halba boleh mencetuskan kontraksi (meransang rahim) terutamanya diperingkat awal kandungan.
Jika anda memang jenis tekak tidak tahan bau halba, anda boleh pertimbangan ambil Serapat Kasih jika ada masalah seperti di bawah. Whatsapp 010 400 7232

Sabtu, 8 Oktober 2016

7 Kesan Buruk Akibat Tangguh Waktu Makan!

7 Kesan Buruk Akibat Tangguh Waktu Makan!

Kadangkala akibat terlalu sibuk dengan kerja, kita akan terlupa untuk makan atau menangguh waktu makan. Kami yakin kita semua pernah melakukannya.

Biarpun mengabaikan waktu makan nampak seolah suatu perkara yang remeh namun sebenarnya tabiat itu boleh membawa banyak kesan buruk kepada tahap kesihatan kita.

1. Mudah penat

Waktu makan yang tidak teratur akan melambatkan sistem metabolisme dalam badan. Kesannya, seseorang individu itu akan mudah berasa penat apabila melakukan sebarang kerja. Secara tidak langsung akan mempengaruhi fungsi normal dari keseluruhan sistem tubuh yang biasa berjalan dengan baik.

2. Kenaikan berat badan

Ramai yang anggap dengan melengah atau mengabaikan waktu makan akan membantu mereka untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya tanggapan itu salah kerana bila kita kerap mengabaikan waktu makan, ia akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan menjadikan berat badan semakin meningkat.

3. Perubahan hormon

Bila kita menangguhkan waktu makan maka akan terjadi masalah ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Selain berdepan dengan risiko penambahan berat badan,  individu tersebut juga akan mudah berasa tertekan dan pening kepala

4. Masalah di bahagian pencernaan

Sekurang-kurangnya seseorang individu kena makan tiga hari sekali untuk mendapatkan tubuh dan tahap kesihatan yang konsisten. Jenis makanan yang diambil juga harus seimbang dan berkhasiat. Perlu juga minum air secukupnya. Ini penting untuk memastikan fungsi sistem pencernaan berjalan lancar dan teratur.

5. Pengaruhi tabiat makan

Kerap mengabaikan waktu makan, akan membuatkan waktu makan yang seterusnya terjejas. Contoh jika kita tidak mengambil makan tengahari, kita menjadi lebih lapar menjelang malam. Dan ini akan menyebabkan kita akan makan lebih ketika waktu malam. Tabiat sebegini boleh menjejaskan kesihatan kita.

6. Komplikasi diabetes

Untuk individu yang ada penyakit diabetes pula, jika mereka mengangguhkan waktu makan ia akan membuatkan sumber glukosa dalam badan menjadi kurang dan akan membuatkan keadaan kesihatan bertambah buruk.

7. Jejaskan kesihatan otak

Glukosa dalam badan berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak. Jadi apabila seseorang individu menangguhkan waktu makan maka kandungan glukosa dalam badan akan mulai berkurangan. Ini akan membuatkan perkembangan otak terjejas dan membuatkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sumber: Majalah Wanita.

Sambutan Hari Sukan Negara 2016

Sambutan Hari Sukan Negara

telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

OBJEKTIF

a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat. b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat. c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan. d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat. e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Maklumat Lanjut >> http://www.harisukannegara.my/

Jumaat, 7 Oktober 2016

4 Khasiat Tradisi Minyak Zaitun Perlu Tahu!



4 Khasiat Tradisi Minyak Zaitun Perlu Tahu!


1. Merawat kulit

Kulit memiliki risiko tertinggi seperti kulit kering, kusam dan kendur lebih cepat.Untuk mencegah masalah tersebut Anda harus melakukan perawatan kulit setiap hari agar masalah kulit
kurang risikonya. Cara yang paling mudah iaitu sapukan minyak zaitun pada wajah  sebelum melakukan aktiviti luar dan sebelum tidur .

2. Mengelak Kotoran Pada Wajah

Gunakan minyak zaitun untuk melawan sinar matahari. Pertama basuh wajah menggunakan air suam agar pori-pori wajah terbuka. Kemudian sapukan minyak zaitun pada kulit wajah dengan rata. Akhir sekali bilas lagi dengan air sejuk agar kotoran hilang dan pori-pori wajah mengecil.

3. Mengatasi Wajah Berminyak

Langkah boleh anda cuba adalah menggunakan masker yang diperbuat dari campuran minyak zaitun. Biarkan masker diwajah selama 15 minit. Akhir sekali,  tangglkan masker dan basuh dengan air sejuk.

4. Merawat Rambut

Anda boleh campurkan antara ekstrak buah zaitun dengan madu. Sapukan pada rambut untuk merawat rambut dari berbagai macam kerosakkan.


Berikut antara khasiat minyak zaitun, jika anda masih
menggunakan cara tradisi ini sudah tentu anda mengetahui lebih
banyak khasiat yang diberikan untuk kesihatan dan kecantikkan.
Mungkin masa yang tak cukup untuk mengamalkan cara tradisi,
kami sarankan penggunaan Quratu yang kaya dengan khasiat
Vitamin E minyak zaitun.

Khamis, 6 Oktober 2016

8 Gaya Hidup Sihat Perlu Tahu!


8 Gaya Hidup Sihat Perlu Tahu!

1. Banyakkan minum air

Fungsi air adalah nenyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ.


2. Tabiat makan yang baik

Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.

3. Jaga jadual tidur

Sentiasa bergerak cergas serta selalu menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesan letih akibat tidak cukup tidur walaupun ketika duduk, berjalan atau memandu.


4. Selaraskan pH tubuh

Tubuh yang sihat sekitar pH 7.35-7.45. apabila badan kita menjadi semakin bertoksid, nilai pH tersebut menurun dan menunjukkan keadaan berasid. Kesan sampingan sepertikeletihan, ingatan lemah dan sakit-sakit badan

5. Hubungan intim suami isteri

Rumahtangga yang bahagia bukan sahaja melahirkan anak-anak yang cemerlang, malahan memenuhi keperlua emosi, fizikal dan spiritual seseorang.


6. Pengurusan stress

Stress juga mengembangkan potensi diri. Namun, pastikan stress berada pada tahap yang terkawal kerana stres yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang.

7. Bersenam setiap hari

Fizikal cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu keseimbangan serta mengurangkan berat badan. Berat badan unggul bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga penting untuk keyakinan diri.

8. Tingkatkan sistem penghadaman

Lebihkan makanan bekhasiat. Tanda-tanda sistem penghadaman yang kurang baik adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung.

Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini atau pilihlah supplemen kesihatan yang terbaik (y)

Rabu, 5 Oktober 2016

5 Khasiat Tradisi Kulit Serapat



5 Khasiat Tradisi Kulit Serapat

1. Membaiki tisu rahim

Rugi lah kalau setiap kali bersama pasangan masing-masing tak 
rasa apa-apa. Khasiat kulit serapat yang
mampu mengetat, menegang, menganjalkan rahim.

2. Menegangkan payudara

 Kulit serapat bermanfaat untuk menegangkanan payudara 
kerana enzim yang terdapat dalam Kulit serapat  boleh 
membantu pertumbuhan payudara

3. Melancarkan peredaran darah

Herba ini mampu melancarkan peredaran darah untuk 
meningkatkan kadar oksigen sekaligus meningkatkan fungsi 
organ dan tahap kesihatan wanita.

4. Menegangkan tisu faraj 

Juga berupaya memperbaiki dan menegangkan tisu faraj selain 
membantu menghalus serta mencantikkan kulit.

5. Menguatkan otot dan sendi

Ia juga membantu menguatkan otot dan sendi, di samping 
mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid.

Harini tak perlu kita susah-susah nak cari kulit serapat, nak 
kunyah atau gigit bahan-bahan ini kerana kami telah adunkan 
dalam produk Serapat Kasih
:) :) :)
Hanya ambil 2 sudu besar setiap malam dan mampu 
membahagiakan dan menceriakan hidup anda.

Whatsapp Ieka 010 400 7232

Selasa, 4 Oktober 2016

9 Khasiat Manjakani Yang Perlu Diketahui!


9 Khasiat Manjakani Yang Perlu Diketahui!


Petua orang lama tidak dapat tidak untuk kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba.
Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikkan oleh golongan wanita zaman dahulu. Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan. Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.
Antara produk di sarankan yang mempunyai khasiat Manjakani ialah Awet Muda Gold.


1. Pencegahan Bau Yang Tidak Di Ingini

Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang selesa pada faraj.

2. Kulit Kering Dan Berminyak

Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.

3. Pencegahan Barah Payudara Dan Rahim

Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

4. Rawatan Payudara

Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

5. Mata Yang Sihat

Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

6. Pencegahan Kencing Manis

Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

7. Awet Muda

Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

8. Pelbagai Khasiat Makanan

Di sebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

9. Memulih Otot Dalaman Faraj

Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

Jumaat, 30 September 2016

8 Khasiat Tradisi Roselle Yang Wajib Di Ketahui!


8 Khasiat Tradisi Roselle Yang Wajib Di Ketahui!


Roselle merupakan spesies bunga raya yang dipanggil Hibiscus sabdariffa L secara saintifiknya. Roselle ini dikatakan berasal dari India tetapi terdapat juga yang mengatakan ianya berasal dari Afrika Barat. Jika di India, serat roselle ini diguna pakai sebagai bahan pembuatan tekstil. Manakala di Sudan pula, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan ianya merupakan minuman utama dan juga tradisi orang Sudan.

Roselle, sebelum menjadi sebutan hari ini, ianya mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lalu. Kemudiannya, bunga roselle ini terus popular dan mula diproses untuk dijadikan pelbagai jenis makanan dan minuman seperti halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Roselle ini mempunyai banyak khasiat yang mungkin dikalangan kita masih kurang mengetahui. Berikut antara khasiat dan manfaat roselle:
* Untuk mereka yang susah mendapatkan roselle. Khasiatnya kami kandungkan dalam Awet Muda Gold utk tenaga dan manfaat berpanjangan.

1. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik.
2. Seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
3. Melancarkan peredaran darah
4. Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sebagai tonik.
5. Mengubati luka luar dan dalam.
6. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukkan batu karang.
7. Mengatasi masalah selsema, batuk dan demam.
8. Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah dan kolestrol.

Khamis, 29 September 2016

6 Khasiat Tradisional Pegaga Yang Wjib Diketahui!

6 Khasiat Tradisional Pegaga Yang Wjib Diketahui!




Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai 
pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang 
tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga.
Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah 
daripada 
Famili Umbilliferae. Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering 
digunakan sebagai ulam.Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang 
tinggi.

1. Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan
haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap
hari sehingga peranakan kecut.

2. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk
amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10
helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan
air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.

3. Mengubati Sakit Kepala

Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam
keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau
dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

4. Serikan Wajah Anda

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga
tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali
sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah
anda akan lebih berseri.

5. Mengubati penyakit sengal-sengal badan

Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air
rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus
dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

6. Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid

Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi.
Ternyata banyak khasiat pegaga di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia
besar membuktikan pegaga sungguh pun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya.


* Pada yg tak than rasa pahit pegaga boleh guna Awet Muda yang kaya dgn khasiat pegaga.

Rabu, 28 September 2016

7 Khasiat Halba Yang Wajib Diketahui!



7 Khasiat Halba Yang Wajib Diketahui!

1. Melancarkan usus.

Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit.

2. Mengelak risiko diabetes.

Cara bertindak adalah dengan  memperlahankan penyerapan guladi dalam
perut dan merangsang insulin.

3. Mengalakkan aliran susu badan.

Kira untuk bagi susu banyak la.Kerana halba mengandungi phytoestrogens
iaitu seakan sama dengan hormon wanita iaitu estrogen untuk meransang
pengeluaran susu badan.

4. Membantu masalah sengugut

Bagi mereka yang mengalami sengugut, halba yang dipanaskan dijadikan
sebagai tuam pada abdomen untuk melegakan kesakitan sengugut.

5. Mengurangkan demam dan sakit tekak.

Selain itu, mampu untuk mengurangkan mukus dalam hidung dan secara
tidak langsung mengurangkan masalah resdung dan asma.

6. Membantu dalam masalah berhenti merokok.

Boleh amalkan dengan mengambil campuran halba bersama madu. Ia
dikatakan mampu untuk mengurangkan ketagihan merokok.

7. Boleh kurangkan keradangan ataupun bengkak pada kulit.

Keradangan (inflamation) pada kulit mampu dikurangkan ataupun dilegakan
dengan menumbuk lumat halba dan diletakkan pada bahagian yang sakit.
Selain itu, masalah bengkak kalenjar pun boleh dirawat.

* Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.
Disebabkan banyak vitamin dan mineral dalam halba, ia digunakan untuk merawat ataupun mencegah penyakit yang kritikal.
Tetapi jika memang jenis tekak tidak tahan bau halba, anda boleh pertimbangan ambil Serapat Kasih dengan kandungan halba.

Selasa, 27 September 2016

7 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui


7 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui

 Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. 

Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

1. Jauh dari ancaman kanser

Terdapat hasil kajian dari Harvard Nurses Health Study mengatakan daging mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Malah, The National Cancer Institute juga mengatakan wanita yang mengambil daging setiap hari berisiko empat kali ganda terkena kanser payudara. 

2. Kesihatan jantung terpelihara

Pola makanan yang salah di mana penyebab kepada kadar kolesterol darah yang tinggi, kurang bergerak dan stres menjadi punca kepada penyakit jantung menjadi penyakit nombor satu di dunia. 

3. Tubuh menjadi lebih langsing

Secara umumnya, pemakan sayur mempunyai tubuh yanglebih langsing berbanding individu pemakan daging. Hal ini kerana, sayur-sayuran seperti taugeh, kacang merah, bayam merah dan kacang panjang mengandungi lemak dan kalori lebih rendah. 

4. Umur lebih panjang

Menurut kajian dari Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat, pemakan sayur hidup 15 tahun lebih lama berbanding individu yang mengambil makanan berunsurkan daging. 

5. Menghapuskan toksin beracun dalam badan

Pencemaran hasil dari pengambilan makanan berproses seperti pengawet, pewarna dan pemanis tambahan boleh menimbulkan penyakit. Jika anda mahu 
melakukan detoksifikasi, langkah pertama adalah mengurangkan makan daging dan diganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran atau jus buah serta sayur. 

6. Terlindunga dari sebarang pencemaran

Hampir 95% pencemaran banyak datang dari daging, produk haiwan yang lain dan ikan. Daging dan produk haiwan lain pula biasanya mengandungi steroid dan hormon tiruan. Meskipun anda sudah basuh ikan dan daging anda dengan bersih, ia tetap ada!

7. Lebih jimat 

Pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menggantikan daging, ayam atau ikan memberi lebih penjimatan dalam kehidupan anda. Cara mudah menyeimbangkan hidangan dalam seharian adalah memerhati warna makanan anda iaitu memastikan hidangan anda berwarna-warni.

Sabtu, 24 September 2016

7 CARA HINDARI STRESS

7 CARA HINDARI STRESS



Siapa yang tidak pernah mengalami stress? hampir semua orang pernah mengalaminya. Stress disebabkan oleh berbagai faktor, seperti tekanan pekerjaan, masalah keluarga, permasalahan sekitar, masalah di sekolah dan lain-lain. Dalam keadaan tertentu stress boleh hilang dengan sendirinya dengan meredakan permasalahan yang di alami. Jika stress di abaikan dan dibiarkan berlarut-larut tentunya akan memberi impak pada kesihatan anda.

1. Bersendirian Seketika

Ia merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan stress seperti pergilah ke tempat yang tenang dan sepi, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam dan jangan terlalu banyak berfikir. Juga mampu melepaskan segala rasa cemas dan takut.

2. Bersukan

Bersukan memain peranan penting dalam untuk bahagian dalam tubuh dan memperkuat jantung.Ia juga dapat mengalihkan pemikiran kita dari stress seharian.

3. Muzik

Berhiburlah ke tempat yang tenang dan dengar muzik. Cuba mainkan muzik yang lembut dan menenangkan.

4. Kenangan Indah

Mengingati kenangan yang indah dapat menjadi salah satu cara kita berfikir kearah positif. Jika stress cuba mengingati kenangan dengan keluarga dan teman yang indah yang terbukti dapat menghilangkan stress.

5. Melalui Sentuhan

Sentuhan dapat menjadi penenang. Saat sedang stress cuba jumpa suami&isteri atau keluarga ataupun binatang peliharaan dan mintalah pelukan. Dengan demikian dapat menghilangkan segala rasa cemas.

6. Menulis & Melukis

Tuliskan segala rasa cemas anda di kertas atau Jika Anda gemar melukis, coretkan perasaan anda ke karya anda.

7. Hobi

Kuncinya adalah untuk memberi pikiran anda dengan hobi atau kegiatan yang dapat menenangkan anda. 

Jumaat, 23 September 2016

5 Khasiat Madu Untuk Kesihatan


5 Khasiat Madu Untuk Kesihatan

1.) Meningkatkan Sistem Imun tubuh

Madu juga berkhasiat untuk membunuh bakteria. Selain itu madu memiliki manfaat sebagai antioksidan yang dapat mengatasi radikal bebas berbahaya yang boleh merosak tubuh dan juga kulit.


2.) Meningkatkan Tenaga

Madu memiliki berbagai macam khasiat yang sangat baik bagi tubuh, Anda boleh mengganti kopi dengan mengambil madu atau supplemen yang mengandungi madu setiap pagi  untuk memberi tenaga berpanjangan.


3.) Menjaga sistem pencernaan

Madu salah satunya memiliki khasiat menjaga sistem pencernaan kerana memiliki kandungan antiseptik didalamnya sehingga dapat membantu dalam meningkatkan produksi lendir yang ada didalam usus.


4.) Mengurangi rasa sakit pada tekak

Madu dapat meredakan rasa sakit pada tekak. Ketika Anda batuk juga boleh meredak
an menggunakan madu.

5.) Membantu Proses Membuang Toksin

Kandungan berbagai zat yang bermanfaat membantu tubuh Anda untuk membuang racun yang ada didalam tubuh. Juga dapat membantu meningkatkan fungsi enzim sehingga dapat membantu dalam proses membuang Toksin dalam tubuh.

Khamis, 22 September 2016

7 Tips Kurangkan Gula Dalam Tubuh



7 Tips Kurangkan Gula Dalam Tubuh

1. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.

2. Elak mengambil minuman yang berguna di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

3. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

4. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.

5. Untuk kurangkan gula dalam badan, elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

6. Untuk kurangkan gula dalam badan, gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

Selasa, 20 September 2016

Khasiat Herba Mas Cotek



Khasiat Mas Cotek
1. Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
2. Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
3. Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.
4. Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.
Mas Cotek Merupakan salah satu bahan utama Serapat Kasih
Whatsapp Ieka 010 400 7232