PELBAGAI KHASIAT TOMATO
1. Mencantik kan kulit muka dan badan
Tomato sangat berkhasiat untuk kecantikan kulit. Tomato mengandungi vitamin a dan c menjadikannya antioksidan yang bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan.
2. Mencerahkan kulit
Tomato juga mengandungi lycopene, yang mana membantu untuk mencerahkan kulit. Sebab itu, kebanyakan bahan kosmetik menggunakan tomato sebagai bahan asas dalam penghasilan produk kecantikan mereka.
3. Kulit segar dan berseri
Buah tomato mentah boleh dijadikan bahan mencuci muka. Jika sering digunakan setiap hari, ia akan menjadikan kulit kita bertambah cerah, berseri, bersinar dan tampak segar kemerahan.
4. Menghilangkan jerawat
Khasiat tomato juga menghilangkan jerawat. Tomato mengandungi asid sitrat yang menyingkirkan kotoran dan lemak pada kulit wajah.
5. Bagus untuk mata
Pengambilan tomato bagus untuk kesihatan mata. Tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam.
6. Rambut menjadi lebat dan berkilau - pengambilan tomato secara berterusan juga membantu kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau.
7. Menyembuhkan peradangan kulit
Tomato mempunyai kesan menenang dan melegakan kulit yang keradangan kerana terdedah pada sinar matahari.
8. Mengecilkan pori-pori
Pori-pori yang besar boleh menyebabkan kotoran dan debu terkumpul pada kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan.
9. Menghilangkan pori-pori tersumbat
Dapat membantu membersihkan kulit dan membuatnya jadi lebih halus.
Untuk pembelian SAKURA GLOW dari Puteri Alya, boleh hubungi atau Whatsapp Ieka di 010 400 7232.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan