8 Gaya Hidup Sihat Perlu Tahu!
1. Banyakkan minum air
Fungsi air adalah nenyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ.
2. Tabiat makan yang baik
Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.3. Jaga jadual tidur
Sentiasa bergerak cergas serta selalu menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesan letih akibat tidak cukup tidur walaupun ketika duduk, berjalan atau memandu.
4. Selaraskan pH tubuh
Tubuh yang sihat sekitar pH 7.35-7.45. apabila badan kita menjadi semakin bertoksid, nilai pH tersebut menurun dan menunjukkan keadaan berasid. Kesan sampingan sepertikeletihan, ingatan lemah dan sakit-sakit badan5. Hubungan intim suami isteri
Rumahtangga yang bahagia bukan sahaja melahirkan anak-anak yang cemerlang, malahan memenuhi keperlua emosi, fizikal dan spiritual seseorang.
6. Pengurusan stress
Stress juga mengembangkan potensi diri. Namun, pastikan stress berada pada tahap yang terkawal kerana stres yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang.7. Bersenam setiap hari
Fizikal cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu keseimbangan serta mengurangkan berat badan. Berat badan unggul bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga penting untuk keyakinan diri.8. Tingkatkan sistem penghadaman
Lebihkan makanan bekhasiat. Tanda-tanda sistem penghadaman yang kurang baik adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung.Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini atau pilihlah supplemen kesihatan yang terbaik (y)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan