7 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui
Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka.
Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.
1. Jauh dari ancaman kanser
Terdapat hasil kajian dari Harvard Nurses Health Study mengatakan daging mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Malah, The National Cancer Institute juga mengatakan wanita yang mengambil daging setiap hari berisiko empat kali ganda terkena kanser payudara.
2. Kesihatan jantung terpelihara
Pola makanan yang salah di mana penyebab kepada kadar kolesterol darah yang tinggi, kurang bergerak dan stres menjadi punca kepada penyakit jantung menjadi penyakit nombor satu di dunia.
3. Tubuh menjadi lebih langsing
Secara umumnya, pemakan sayur mempunyai tubuh yanglebih langsing berbanding individu pemakan daging. Hal ini kerana, sayur-sayuran seperti taugeh, kacang merah, bayam merah dan kacang panjang mengandungi lemak dan kalori lebih rendah.
4. Umur lebih panjang
Menurut kajian dari Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat, pemakan sayur hidup 15 tahun lebih lama berbanding individu yang mengambil makanan berunsurkan daging.
5. Menghapuskan toksin beracun dalam badan
Pencemaran hasil dari pengambilan makanan berproses seperti pengawet, pewarna dan pemanis tambahan boleh menimbulkan penyakit. Jika anda mahu
melakukan detoksifikasi, langkah pertama adalah mengurangkan makan daging dan diganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran atau jus buah serta sayur.
6. Terlindunga dari sebarang pencemaran
Hampir 95% pencemaran banyak datang dari daging, produk haiwan yang lain dan ikan. Daging dan produk haiwan lain pula biasanya mengandungi steroid dan hormon tiruan. Meskipun anda sudah basuh ikan dan daging anda dengan bersih, ia tetap ada!
7. Lebih jimat
Pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menggantikan daging, ayam atau ikan memberi lebih penjimatan dalam kehidupan anda. Cara mudah menyeimbangkan hidangan dalam seharian adalah memerhati warna makanan anda iaitu memastikan hidangan anda berwarna-warni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan