Selasa, 20 Disember 2016

10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT


10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT


1. Jangan tidak makan karbohidrat
Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.

2. Rancang apa yang hendak dimakan
Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.

3. Makan tengahari semahu anda
Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin.

4. Makan makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.

5. Berhenti sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

6. Tetapkan pola waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

7. Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

8. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

9. Menguyah makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

 10. Tidur secukupnya
 Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

Untuk pembelian produk-produk dari Puteri Alya, boleh hubungi atau Whatsapp Ieka di 010 400 7232. 

1 ulasan:

  1. Harrah's Cherokee Casino - Mapyro
    Get directions, 전라북도 출장안마 reviews 이천 출장샵 and information for Harrah's Cherokee Casino in Cherokee, 강원도 출장안마 NC. Address, 3131 South 순천 출장안마 Carolina 군산 출장안마 Center Drive, Murphy

    BalasPadam