Rabu, 19 Oktober 2016

14 Kelebihan Berbengkung


14 Kelebihan Berbengkung



Memakai bengkung adalah salah satu perkara WAJIB yang diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin tanpa mengira bersalin secara normal atau secara pembedahan.

1. Membuang angin di dalam badan.
2. Mengempiskan perut dan memulihkan keadaan kulit perut seperti mengurangkan kesan regangan, melicinkan serta menghilangkan tompok-tompok hitam pada kulit perut.
3. Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelakkan rahim jatuh.
4. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.
5. Mengelakkan badan daripada ‘masuk angin’.
6. Mengecutkan rahim selepas bersalin.
7. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggelebeh.
8. Mengurangkan berat badan supaya badan kembali ke berat asal sebelum hamil.
9. Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin.
10. Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan.
11. Melindungi organ dalaman dan membolehkannya mengecut dengan cepat serta kembali ke kedudukan asal.
12. Memecahkan lemak dan selulit.
13. Menggalakkan postur badan yang baik dan membantu proses penyusuan.
14. Mencegah daripada makan yang berlebihan. 


Mungkin ada juga yang tak suka berbengkung ni, tapi pendapat peribadi saya, pakailah bengkung sekurang-kurangnya 30 hari selepas bersalin. Paling bagus sehingga habis pantang iaitu 44 hari. 

Kami di Puteri Alya menyarankan penggunaan bengkung yg dicampuri dengan herba cekur, halia kering, lada ekor, jintan hitam, akar wangi, halba dan akar pintal untuk menggalakkan lagi khasiat amalan tradisi ini.

Whatsapp Ieka : 010 400 7232

Tiada ulasan:

Catat Ulasan