7 Kesan Buruk Akibat Tangguh Waktu Makan!
Kadangkala akibat terlalu sibuk dengan kerja, kita akan terlupa untuk makan atau menangguh waktu makan. Kami yakin kita semua pernah melakukannya.Biarpun mengabaikan waktu makan nampak seolah suatu perkara yang remeh namun sebenarnya tabiat itu boleh membawa banyak kesan buruk kepada tahap kesihatan kita.
1. Mudah penat
Waktu makan yang tidak teratur akan melambatkan sistem metabolisme dalam badan. Kesannya, seseorang individu itu akan mudah berasa penat apabila melakukan sebarang kerja. Secara tidak langsung akan mempengaruhi fungsi normal dari keseluruhan sistem tubuh yang biasa berjalan dengan baik.2. Kenaikan berat badan
Ramai yang anggap dengan melengah atau mengabaikan waktu makan akan membantu mereka untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya tanggapan itu salah kerana bila kita kerap mengabaikan waktu makan, ia akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan menjadikan berat badan semakin meningkat.3. Perubahan hormon
Bila kita menangguhkan waktu makan maka akan terjadi masalah ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Selain berdepan dengan risiko penambahan berat badan, individu tersebut juga akan mudah berasa tertekan dan pening kepala4. Masalah di bahagian pencernaan
Sekurang-kurangnya seseorang individu kena makan tiga hari sekali untuk mendapatkan tubuh dan tahap kesihatan yang konsisten. Jenis makanan yang diambil juga harus seimbang dan berkhasiat. Perlu juga minum air secukupnya. Ini penting untuk memastikan fungsi sistem pencernaan berjalan lancar dan teratur.5. Pengaruhi tabiat makan
Kerap mengabaikan waktu makan, akan membuatkan waktu makan yang seterusnya terjejas. Contoh jika kita tidak mengambil makan tengahari, kita menjadi lebih lapar menjelang malam. Dan ini akan menyebabkan kita akan makan lebih ketika waktu malam. Tabiat sebegini boleh menjejaskan kesihatan kita.6. Komplikasi diabetes
Untuk individu yang ada penyakit diabetes pula, jika mereka mengangguhkan waktu makan ia akan membuatkan sumber glukosa dalam badan menjadi kurang dan akan membuatkan keadaan kesihatan bertambah buruk.7. Jejaskan kesihatan otak
Glukosa dalam badan berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak. Jadi apabila seseorang individu menangguhkan waktu makan maka kandungan glukosa dalam badan akan mulai berkurangan. Ini akan membuatkan perkembangan otak terjejas dan membuatkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.Sumber: Majalah Wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan