Khamis, 27 Oktober 2016

6 Khasiat Tradisional Halia


6 Khasiat Tradisional Halia

1. Menguatkan Antibodi

Pengambilan sedikit halia setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga dapat mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

2. Membuang Angin

Ramai yang tahu, air rebusan halia yang dicampur dengan lada hitam dapat membuang angin di dalam usus. Malah ia juga sangat sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.

3. Ketidakselesaan Perut

Halia dapat membantu dalam penghadaman, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.

4. Melancar Perjalanan Darah

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki pengaliran darah, sekaligus membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

5. Memulihkan Mabuk Perjalanan

Halia dapat mengatasi rasa loya yang dikaitkan dengan mabuk seperti mabuk perjalanan, mabuk laut dan juga ‘morning sickness’. Malah ia juga dapat mengatasi ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

6. Mencegah Demam Dan Selesema

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di seluruh Asia. Caranya, rendam dua sudu besar halia segar yang telah dicincang di dalam air panas. Kemudian minum air tersebut dua hingga tiga kali sehari.

Bg yang susah untuk mengambil halia secara tradisi boleh cuba supplemen Inoz yang kaya dengan khasiat halia. Juga boleh menghindarkan dan menyembuhkan dari resdung dan gatal2 hidung.
Whatsapp Ieka
010 400 7232

Tiada ulasan:

Catat Ulasan