Isnin, 8 Mei 2017

AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Hi , Assalamualaikum semua  ๐Ÿ˜ ๐Ÿ’•

Semua sihat ke?

Lama rasanya kita tak chit chat kan ๐Ÿ˜š

Okaylah hari ni Tika nak cerita tentang pemakanan. ๐Ÿ’•

So semua orang suka makan kan !!! kalau nampak tempat makan yang viral mesti nak cubaaaaaa

yelah sebab semua taknak ketinggalan untuk rasa makanan yang best best ๐Ÿ’—

TAPIIIIIII

MAKAN MAKAN JUGA TAPI KESIHATAN PUN KENA JAGA TAUUU !!!

TU WAJIB JUGA NAK JAGA

Hari ni Tika nak share tentang Amalan Pemakanan yang sihat ๐Ÿ’“

 ๐Ÿ’Ÿ First sekali kita kena rancang apa yang kita nak makan.

Contohnya kalau kita nak makan makanan yang lebih berat seperti stik dan kentang, kenalah kurangkan atau elakkan pengambilan makan berdaging dan berkanji pada waktu lain. Perlu imbangkan dan merancang pengambilan kategori makanan.

๐Ÿ’ŸYang kedua makan tengahari semahu anda

Mungkin semua pernah dengar kan sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari tetapi ramai dianatar kita tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu tenghari dimana sistem berfungsi sepenuhnya seharian. Tetapi makan semahunya bukan bermakna kita boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi kita perlu rancang dan imbangkan sebaik yang mungkin.

๐Ÿ’ŸKetigaaa..... jeng jeng jeng

Makanlah makanan yang berwarna pelangi seperti sayuran hijau, oren anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah buahan yang dapat membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang membantu melawan penyakit. yelah sekarang ada orang yang suka sayur ada yang tak kan. so bagi yang tak tu bolehlah makan buah buahan untuk gantikannya.

๐Ÿ’ŸSeterusnya, tetapkan pola waktu makan yang seragam .

Ada orang yang bila dia rasa nak makan dia makan je. kita tak boleh macam tu tau. kita kena tetapkan waktu makan. kalau tak tanpa kita sedar kita makan dengan kuantiti yang banyak setiap hari ataupun kita terlupa nak makan ke kan. boleh jadi juga tu hehehe. so betterlah kita tetapkan masa makan kita ye :)

๐Ÿ’ŸNi lagi satu yang penting. Toksah lah makan yang manis manis naaa

Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan. sebab dia dapat membantu kita mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian tau.... pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. So kalau boleh elakkan kita elakkan lah ye semuaaa ^_^

๐Ÿ’ŸLast sekali Tika nak membebel

Pengambilan air tu pun penting tauu. before makan tu awak awak semua minum segelas air suam 20 minit sebelum makan. Nak tahu tak kenapaaaaa????

okay sebab dia dapat mengurangkan jumlah makanan yang diambil dan juga membantu dalam sistem penghadaman kitaa.... awak semua tahu dalam sehari berapa gelas air kena ambil... jadi minumlah air secukupnyaa yeee

HEHEHEHE okay tu jelah yang Tika nak membebel setakat ni..

kalau ada info lain lagi Tika akan share dengan korang semua ye. Yelah ilmu yang kita ada ni kenalah share kan. Barulah sama sama dapat berkongsi manfaatnya. ye ke tidokk . hihihi

Okaylah byeee semuaaaaaa jumpa lagi nantiiiii


xoxo TIKA๐Ÿ’—๐Ÿ’•