Isnin, 19 September 2016

Khasiat Tradisional Halia Untuk Kesihatan Dan Kecantikkan



Khasiat Tradisional Halia Untuk Kesihatan Dan Kecantikkan

1. Buang Angin & Toksin

Khasiat halia seterusnya adalah bagi membuang angin & toksin di dalam badan. Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.

 2. Merahkan Bibir
Kupas halia muda , kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia tumbuk ini pada bahagian bibir. Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan jadikan bibir kemerahan bak delima.

 3. Langsingkan Badan.
Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan.

 4. Menghilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka dan cantik tapi badan berbau. Untuk atasi masalah ini amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.

 5. Menaikkan Seri Wajah.
Caranya mudah sahaja, ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Ini membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas sekaligus menaikkan seri wajah.

 6. Bersihkan Kulit

Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan luhur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan