Jumaat, 30 September 2016

8 Khasiat Tradisi Roselle Yang Wajib Di Ketahui!


8 Khasiat Tradisi Roselle Yang Wajib Di Ketahui!


Roselle merupakan spesies bunga raya yang dipanggil Hibiscus sabdariffa L secara saintifiknya. Roselle ini dikatakan berasal dari India tetapi terdapat juga yang mengatakan ianya berasal dari Afrika Barat. Jika di India, serat roselle ini diguna pakai sebagai bahan pembuatan tekstil. Manakala di Sudan pula, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan ianya merupakan minuman utama dan juga tradisi orang Sudan.

Roselle, sebelum menjadi sebutan hari ini, ianya mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lalu. Kemudiannya, bunga roselle ini terus popular dan mula diproses untuk dijadikan pelbagai jenis makanan dan minuman seperti halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Roselle ini mempunyai banyak khasiat yang mungkin dikalangan kita masih kurang mengetahui. Berikut antara khasiat dan manfaat roselle:
* Untuk mereka yang susah mendapatkan roselle. Khasiatnya kami kandungkan dalam Awet Muda Gold utk tenaga dan manfaat berpanjangan.

1. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik.
2. Seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
3. Melancarkan peredaran darah
4. Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sebagai tonik.
5. Mengubati luka luar dan dalam.
6. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukkan batu karang.
7. Mengatasi masalah selsema, batuk dan demam.
8. Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah dan kolestrol.

Khamis, 29 September 2016

6 Khasiat Tradisional Pegaga Yang Wjib Diketahui!

6 Khasiat Tradisional Pegaga Yang Wjib Diketahui!




Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai 
pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang 
tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga.
Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah 
daripada 
Famili Umbilliferae. Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering 
digunakan sebagai ulam.Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang 
tinggi.

1. Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan
haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap
hari sehingga peranakan kecut.

2. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk
amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10
helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan
air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.

3. Mengubati Sakit Kepala

Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam
keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau
dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

4. Serikan Wajah Anda

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga
tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali
sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah
anda akan lebih berseri.

5. Mengubati penyakit sengal-sengal badan

Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air
rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus
dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

6. Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid

Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi.
Ternyata banyak khasiat pegaga di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia
besar membuktikan pegaga sungguh pun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya.


* Pada yg tak than rasa pahit pegaga boleh guna Awet Muda yang kaya dgn khasiat pegaga.

Rabu, 28 September 2016

7 Khasiat Halba Yang Wajib Diketahui!



7 Khasiat Halba Yang Wajib Diketahui!

1. Melancarkan usus.

Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit.

2. Mengelak risiko diabetes.

Cara bertindak adalah dengan  memperlahankan penyerapan guladi dalam
perut dan merangsang insulin.

3. Mengalakkan aliran susu badan.

Kira untuk bagi susu banyak la.Kerana halba mengandungi phytoestrogens
iaitu seakan sama dengan hormon wanita iaitu estrogen untuk meransang
pengeluaran susu badan.

4. Membantu masalah sengugut

Bagi mereka yang mengalami sengugut, halba yang dipanaskan dijadikan
sebagai tuam pada abdomen untuk melegakan kesakitan sengugut.

5. Mengurangkan demam dan sakit tekak.

Selain itu, mampu untuk mengurangkan mukus dalam hidung dan secara
tidak langsung mengurangkan masalah resdung dan asma.

6. Membantu dalam masalah berhenti merokok.

Boleh amalkan dengan mengambil campuran halba bersama madu. Ia
dikatakan mampu untuk mengurangkan ketagihan merokok.

7. Boleh kurangkan keradangan ataupun bengkak pada kulit.

Keradangan (inflamation) pada kulit mampu dikurangkan ataupun dilegakan
dengan menumbuk lumat halba dan diletakkan pada bahagian yang sakit.
Selain itu, masalah bengkak kalenjar pun boleh dirawat.

* Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.
Disebabkan banyak vitamin dan mineral dalam halba, ia digunakan untuk merawat ataupun mencegah penyakit yang kritikal.
Tetapi jika memang jenis tekak tidak tahan bau halba, anda boleh pertimbangan ambil Serapat Kasih dengan kandungan halba.

Selasa, 27 September 2016

7 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui


7 Kebaikan Memakan Sayur-Sayuran Yang Wajib Anda Ketahui

 Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. 

Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan yang sihat,seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

1. Jauh dari ancaman kanser

Terdapat hasil kajian dari Harvard Nurses Health Study mengatakan daging mempunyai kaitan dengan kanser payudara. Malah, The National Cancer Institute juga mengatakan wanita yang mengambil daging setiap hari berisiko empat kali ganda terkena kanser payudara. 

2. Kesihatan jantung terpelihara

Pola makanan yang salah di mana penyebab kepada kadar kolesterol darah yang tinggi, kurang bergerak dan stres menjadi punca kepada penyakit jantung menjadi penyakit nombor satu di dunia. 

3. Tubuh menjadi lebih langsing

Secara umumnya, pemakan sayur mempunyai tubuh yanglebih langsing berbanding individu pemakan daging. Hal ini kerana, sayur-sayuran seperti taugeh, kacang merah, bayam merah dan kacang panjang mengandungi lemak dan kalori lebih rendah. 

4. Umur lebih panjang

Menurut kajian dari Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat, pemakan sayur hidup 15 tahun lebih lama berbanding individu yang mengambil makanan berunsurkan daging. 

5. Menghapuskan toksin beracun dalam badan

Pencemaran hasil dari pengambilan makanan berproses seperti pengawet, pewarna dan pemanis tambahan boleh menimbulkan penyakit. Jika anda mahu 
melakukan detoksifikasi, langkah pertama adalah mengurangkan makan daging dan diganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran atau jus buah serta sayur. 

6. Terlindunga dari sebarang pencemaran

Hampir 95% pencemaran banyak datang dari daging, produk haiwan yang lain dan ikan. Daging dan produk haiwan lain pula biasanya mengandungi steroid dan hormon tiruan. Meskipun anda sudah basuh ikan dan daging anda dengan bersih, ia tetap ada!

7. Lebih jimat 

Pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menggantikan daging, ayam atau ikan memberi lebih penjimatan dalam kehidupan anda. Cara mudah menyeimbangkan hidangan dalam seharian adalah memerhati warna makanan anda iaitu memastikan hidangan anda berwarna-warni.

Sabtu, 24 September 2016

7 CARA HINDARI STRESS

7 CARA HINDARI STRESS



Siapa yang tidak pernah mengalami stress? hampir semua orang pernah mengalaminya. Stress disebabkan oleh berbagai faktor, seperti tekanan pekerjaan, masalah keluarga, permasalahan sekitar, masalah di sekolah dan lain-lain. Dalam keadaan tertentu stress boleh hilang dengan sendirinya dengan meredakan permasalahan yang di alami. Jika stress di abaikan dan dibiarkan berlarut-larut tentunya akan memberi impak pada kesihatan anda.

1. Bersendirian Seketika

Ia merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan stress seperti pergilah ke tempat yang tenang dan sepi, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam dan jangan terlalu banyak berfikir. Juga mampu melepaskan segala rasa cemas dan takut.

2. Bersukan

Bersukan memain peranan penting dalam untuk bahagian dalam tubuh dan memperkuat jantung.Ia juga dapat mengalihkan pemikiran kita dari stress seharian.

3. Muzik

Berhiburlah ke tempat yang tenang dan dengar muzik. Cuba mainkan muzik yang lembut dan menenangkan.

4. Kenangan Indah

Mengingati kenangan yang indah dapat menjadi salah satu cara kita berfikir kearah positif. Jika stress cuba mengingati kenangan dengan keluarga dan teman yang indah yang terbukti dapat menghilangkan stress.

5. Melalui Sentuhan

Sentuhan dapat menjadi penenang. Saat sedang stress cuba jumpa suami&isteri atau keluarga ataupun binatang peliharaan dan mintalah pelukan. Dengan demikian dapat menghilangkan segala rasa cemas.

6. Menulis & Melukis

Tuliskan segala rasa cemas anda di kertas atau Jika Anda gemar melukis, coretkan perasaan anda ke karya anda.

7. Hobi

Kuncinya adalah untuk memberi pikiran anda dengan hobi atau kegiatan yang dapat menenangkan anda. 

Jumaat, 23 September 2016

5 Khasiat Madu Untuk Kesihatan


5 Khasiat Madu Untuk Kesihatan

1.) Meningkatkan Sistem Imun tubuh

Madu juga berkhasiat untuk membunuh bakteria. Selain itu madu memiliki manfaat sebagai antioksidan yang dapat mengatasi radikal bebas berbahaya yang boleh merosak tubuh dan juga kulit.


2.) Meningkatkan Tenaga

Madu memiliki berbagai macam khasiat yang sangat baik bagi tubuh, Anda boleh mengganti kopi dengan mengambil madu atau supplemen yang mengandungi madu setiap pagi  untuk memberi tenaga berpanjangan.


3.) Menjaga sistem pencernaan

Madu salah satunya memiliki khasiat menjaga sistem pencernaan kerana memiliki kandungan antiseptik didalamnya sehingga dapat membantu dalam meningkatkan produksi lendir yang ada didalam usus.


4.) Mengurangi rasa sakit pada tekak

Madu dapat meredakan rasa sakit pada tekak. Ketika Anda batuk juga boleh meredak
an menggunakan madu.

5.) Membantu Proses Membuang Toksin

Kandungan berbagai zat yang bermanfaat membantu tubuh Anda untuk membuang racun yang ada didalam tubuh. Juga dapat membantu meningkatkan fungsi enzim sehingga dapat membantu dalam proses membuang Toksin dalam tubuh.

Khamis, 22 September 2016

7 Tips Kurangkan Gula Dalam Tubuh



7 Tips Kurangkan Gula Dalam Tubuh

1. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.

2. Elak mengambil minuman yang berguna di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

3. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

4. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan.

5. Untuk kurangkan gula dalam badan, elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

6. Untuk kurangkan gula dalam badan, gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.