Selasa, 26 April 2016

Apakah IMP?

Apakah IMP dan Apakah IMP (Pengilangan)?




Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia.
Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA"; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal iaitulah Islam.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:
  1. IMP - Islamic Manufacturing Practice
  2. GMP - Good Manufacturing Practice
  3. HACCP – Persijilan dari Eropah
  4. ISO9002
  5. Halal

Perbezaan IMP & GMP

Secara umumnya adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). IMP: ialah suatu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA“ sejak tahun 2005. Proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fisikalnya. “Yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram”. Malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga suci dan halal. Maksud Hadis : “ Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Di antara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya……”

Proses Pengilangan IMP

Proses Pengilangan IMP Proses pengilangan terbahagi kepada 3:
  1. Pengusaha
  2. Situasi Kilang & Bahan Mentah
  3. Pekerja

Pengusaha IMP

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :
  1. Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk.
  2. Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan.
  3. Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
  4. Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.
  5. Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
  6. Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
Untuk Makulat lanjut Tentan IMP (Amalan Pengilagan Islam) sila layari IMP Community

Tiada ulasan:

Catat Ulasan